KINABATANGAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak polis menyiasat secara terperinci pelaku yang menukar nama beberapa tempat di Sabah kepada Filipina dalam aplikasi peta Google Maps baru-baru ini.
Jelasnya, perbuatan itu, yang disifatkannya sebagai tidak baik dan tidak bertamadun, boleh mengelirukan masyarakat di seluruh dunia mengenai kedudukan sesuatu tempat di Sabah.
"Ini memang mendatangkan banyak keraguan dan kebimbangan kepada masyarakat.
"Ini juga boleh menjerumuskan negeri Sabah kepada satu situasi yang tidak baik iaitu masyarakat luar negara mahu pergi ke Sandakan, apabila dicari dalam Google, lokasi itu dikatakan di Filipina," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program bersama peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) (Sabah Land Development Board SLDB) di sini hari ini.
Sejak beberapa hari lepas, netizen dari Sabah mendapati nama beberapa tempat seperti Lapangan Terbang Sandakan dan Pasar Besar Tawau disusuli dengan nama negara Filipina.
Namun, hari ini didapati aplikasi itu telah menukar semula nama lokasi berkenaan dengan membuang nama Filipina.
Bung Moktar turut meminta polis untuk mengambil langkah sewajarnya terhadap pelaku terbabit.
Sementara itu, pada program hari ini, Bung Moktar berkata LKTNS menjadi agensi penting kerajaan negeri dalam menerajui pembangunan keselamatan makanan Sabah.
"LKTNS telah merancang berbagai perkara untuk diterapkan, khususnya kepada peneroka LKTNS untuk membangunkan tanah mereka dengan pertanian," katanya.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga berharap peneroka LKTNS di Suan Lamba memanfaatkan tanah mereka bersama agensi negeri itu untuk menghasilkan tanaman yang mampu meraih pulangan besar.
"Walaupun di kampung, tetapi kita perlu urbanisasi minda dalam pertanian supaya kita boleh menuju ke tahap yang mampu mengeluarkan kita daripada belenggu kemiskinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
BUNG MOKTAR: "Ini memang mendatangkan banyak keraguan dan kebimbangan kepada masyarakat." - Gambar fail
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan balai polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang sabtu
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Google Maps menguji ciri carian AI generatif untuk mudah mencari destinasi baharu
Ia membawakan pengalaman SGE atau Search Generative Experience untuk pengguna mencari destinasi baharu pula.
Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh tersenarai di Google Maps
Taman reakreasi ini berada dalam senarai antara taman popular di Malaysia berdasarkan data Google Maps dari 20 Februari tahun lalu hingga 21 Mac lalu.
Google Maps: Minta polis siasat pelaku tukar nama lokasi di Sabah - Bung Moktar
Bung Moktar mahu polis menyiasat pelaku yang menukar nama beberapa tempat di Sabah kepada Filipina dalam aplikasi peta Google Maps.
'Google Maps' bantu polis tangkap anggota mafia Itali
Seorang pelarian mafia Itali berjaya ditangkap oleh polis di Sepanyol, baru-baru ini selepas 20 tahun berada dalam pelarian selepas seorang detektif melihat kelibatnya di Peta Google atau Google Maps.
Alat navigasi tersilap, lelaki hampir nikahi wanita lain
Gara-gara tersilap menggunakan navigasi, seorang pengantin lelaki bersama rombongan tersilap hadir di rumah pengantin wanita lain.
COVID-19: Peratusan pemanduan menurun, Waze bertindak balas menerusi 'komuniti sukarelawan'
Waze berkata data menunjukkan bahawa di seluruh dunia, kebanyakan negara telah mengurangkan pemanduan secara mendadak.
Rakyat Malaysia lebih gemar Google Maps?
Dalam tinjauan oleh sebuah portal gajet, 65 peratus memilih Google Maps berbanding hanya 35 peratus yang memilih Waze.
Google Maps kini mampu kesan bencana alam
Google Maps tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual ramalan bencana alam
Google Maps 'bongkar' kisah cinta isteri curang
Seorang suami terkejut apabila melihat isterinya curang menerusi imej Google Maps.
Google Maps kini bantu penunggang motosikal rancang perjalanan
Google Malaysia melancarkan mod motosikal pada Google Maps yang membolehkan penunggang motosikal untuk merancang perjalanan mereka.